Tentu kalian pernah mendengar peribahasa ini bukan - umpama melepaskan batuk di tangga - yang membawa maksud orang yang membuat kerja dengan tidak sempurna atau hanya ambil syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat tahi ayam, dipegang panas dicium jangan.
Tetapi apa yang terbayang di kepala saat menggunakan peribahasa ini? Seseorang yang menaiki atau menuruni tangga dan melepaskan batuk di tengah tangga? Ini yang terlintas di kepala lewat mengenali dan diajari peribahasa-peribahasa dalam bahasa ibunda tercinta ini sewaktu sekolah dahulu. Acapkali merasa ada yang tidak kena antara bayangan di kepala dan maksud yang dibawa peribahasa tersebut. Sebuah e-mail yang saya terima (entah berapa lama tersimpan dalam lelaci kotak masuk akaun) menjelaskan semuanya. Suka untuk saya berkongsi - samada kalian sudah tahu atau belum - apa sebenarnya umpama melepaskan batok di tangga.
Sebenarnya kawan-kawan, bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batuk menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyeduk air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dahulu kala di rumah datuk nenek kita untuk menyeduk air di dalam tempayan buat membasuh kaki sebelum naik masuk ke dalam rumah.
Selepas kita gunakan batok tersebut, sepatutnya diletak semula di dalam tempayan atau di atas penutup tempayan dan bukan hanya ditinggal di atas tangga sebegitu sahaja. Maksud jelasnya ialah kita tidak menyelesaikan kerja dengan habis sempurna. Begitu.
Inilah rupa batok tersebut.
Selepas tahu ini, memang ada rasa banyak kekurangan pada penguasaan bahasa Melayuku. Ish.Majulah diri sendiri, bahasa dan negara untuk agama,
13 buah bicara:
dan dah lupa pun. bila baca blog akak baru teringat cikgu bm yang penat ajar dolukala.
all the best for your exam.
rabbuna yusahhilik ya dukturah(moga Allah permudahkan semuanya)
dulu jumpa akak, sama-sama medical student.
next time jumpa akak insya-Allah, akak dah jadi Dr.Balqis.
haih...how fast time flies.
baru tahu hari ni bila baca blog kamu.
terima kasih!
oh,begitu rupanya..........
Sudah lama ambil SPM. Sudah biasa menggunakan peribahasa tersebut, akhirnya baru tahu makna sebenar. Ya Allah, baru perbendaharaan Bahasa Melayu, belum yang lain laginya.
Terima kasih Bal!
tetiba saya rasa macam nak menangis sebab dah banyak entri akak saya ketinggalan. tak beri komen apa-apa. blog akak blog kegemaran saya.
hihi tentang ini saya ada tulis di blog lama bila ayah saya bangkitkan. kami siap rujuk kamus DBP masa itu. tak sangka.
kak balqis apa khabar? harap baik2 saja. :)
madziani, sama-sama.
Faizal, begitulah.
warouq, itulah sebenarnya. Sebelum ini macam sedikit nonsense kan?
Abuya, sama-sama.
Liyana, terbaiklah berbincang dengan ayah tentang ini. Mantap. Akak sihat alhamdulillah. Terima kasih keran masih sudi bertandang baca.
Anon, sama-sama. ^^
banyak kali gak cerita kat kawan asal usul batok ni
Er, baguslah, hu3.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!