Saya tahu setiap yang hidup pasti dan pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi...
Seperti apa berita itu bila sampai kepada saya? Kehilangan kata-kata. Rasa tersentap atas ketidakupayaan saya menerima hakikat pemergiannya. Seakan baru semalam rasanya dia mendengar dan membetuli bacaan saya. Dan kemudian dengan tenang sambil tersenyum meminta saya mengulang baca kerana telah saya lompongkan beberapa ayat dengan tidak sengaja atas kegagalan mengingat dengan sempurna. Tuhan, saya pohon ketenangan atas pemergiannya. Tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tuhan, dia orang baik-baik - betapa banyak jasa dan ilmu tertebar atas usahanya. Cucurilah rahmat ke atas rohnya, Ya Allah. Allahumma firglahu warhamhu wa afihi wa afwanhu.
Dikemaskini - 26 Disember 2009:
Entri kenangan bersama Ustaz A'la terabadi di sini:
- Doa buatmu sahabat... Sheikh A'lauddin
- Selamat kembali sahabatku... Al-Fatihah
- Doa buatmu Ustaz A'la
- Catatan kecil Muhammad Iqbal Bravo; di ruangan komentar ini.
Maaf, entah kenapa air mata ini tidak termampu ditakung lagi,
8 buah bicara:
Sabarlah.. sabarlahh.. tabahla. Semoga dia tenang di sana. Diampunkan Allah dan ditempatkan bersama para solehin.
Sebelum saya meneruskan penulisan saya,saya memohon maaf kepada empunya blog ini ,kerana saya mencoretkan sesuatu yang lebih kepada suara isi hati saya seikhlasnya TANPA MEMINTA IZIN DARIPADANYA TERLEBIH DAHULU.pa yang saya mahu ceritakan selepas ini bukanlah bertujuan untuk bercerita semata mata tentang persahabatan yang terjalin antara saya dan sahabat saya ALLAHYARHAM USTAZ DR AALAUDDIN,tetapi apa yang saya ingin kongsikan adalah nilai nilai persahabatan yang terbina,untaian ukhwah yang terjalain antara saya dan seorang insan yang cukup besar peranan nya dalam mencorakkan kehidupan saya selama saya berada di bumi orang yang meninggalkan seribu satu pengajaran dan pengalaman dalam hidup saya
Aalauddin.orangnya bertubuh kecil sahaja,tapi cukup sihat.segak orangnya,manis bicara nya,besar jiwa anak muda ini.Berasal dari palestin,jiwanya saya kira cukup kental untuk meneruskan pengajiannya di Ukraine ini.masjid asrama ke 5 menjadi saksi pertemuan kami .tika itu,aku baru mula menjejakkan kaki ke bumi asing ini.takala jiwa muda remaja menjengah dewasa,aku begitu kaget sekali melihat betapa ramainya saudara seagama ku disini.SANGKA KU yang kenaka anakan .,masakan ada komuniti islam di Negara bekas komunis ini!.
Berkenalan sahabat islam bukan senegara amat membahagiakan ku .Kebanyakan perkenalan itu aku yang mulakan dahulu.,termasuklah Allaudin sendiri.tika itu,aku amat kagum sekali dengan anak muda palestin ini.beliau menjadi imam,bersama sama ketika itu ustaz Basil,dan Ali.suaranya merdu sekali,buatkan aku jatuh cinta dengan ayat ayat AL quran setiap kali beliau mengimamkan solat.Ah.,berapa kali sudah aku jatuh cinta dengan ayat ayat al Quran setiap kali dia yang mengalunkan nya.hebat bukan anak muda kenalan ku ini?
Masih aku ingat,bagaimana beliau menenangkan perasaanku ketika aku hamper hamper bertumbuk dengan sekumpulan pelajar berbangsa arab ketika bermain futsal semasa kelas rekreasi anjuran pertubuhan islam tempatan Ahrar.Bukan apa,aku berasa berang dengan sikap mereka yang begitu kasar sekali ketika bermain,sehinggakan sahabatku ikhwan yang ketika itu turut serta memeraihakan sukan futsal itu,kelihatan seperti dibuli.mujurlah Allauddin cepat menenangkan ku.sambil menahan marah aku bertanya padanya...”mengapa begitu kasar mereka ini semua?seharusnya saudara seislam tidak elok begitu bukan?”
Beliau menjawab.”ya .sudah tentu,tetapi bukan semua muslim itu sedar hakikat menunaikan hak saudara saudara mereka .setiap orang berbeza.kamu tidak boleh mengharapkan mereka semua berkelakuan seperti apa yang kamu harapkan..
Pernah juga aku disuruh untuk menghafaz al quran dengan nya ,2 hari sekali aku harus mengaturkan pertemuan dengan nya,tugasan aku mudah katanya,2 muka surat setiap sesi.Dia menghadiahkan aku senaskah Al quran,tulisan besar dan jelas,selepas mengambil kira alas an aku yang agak lemah dengan kitab Al quran yang bertulisan kecil.namun begitu seingat aku ,aku selalu tidak sempat untuk berjumpa dengan nya,selalunya berpunca dari aku sendiri,pelbagai alas an yang ada.tidak cukup masa lah,tidak sempat lah,ataupun samada aku gerun untuk berhadapan dengan ustaz Basil yang kadangkala hadir sama dengan nya.sehingga kini masih ku simpan Al quran tersebut,dan aku akan terus membaca dan beramal dengan nya
Hampir setiap minggu,beliau akan berkunjung ke bilik aku,yang ketika itu masih dihuni oleh seorang sahabatku,afifi.Afifi diberi amanah dan tanggungjawab untuk memberikan khutbah hari jumaat yang diselang selikan gilirannya dengan imam imam yang lain.untuk itu teks kutbah itu harus terlebih dahulu disemak dihadapan Allauddin ini.banyaklah perkara lucu yang berlaku ketika sesi semakan bacaan itu.rakan sebilik aku yang selalunya hanya akan mula berlatih teks bacaan itu 2 jam seebelum solat jumaat.,akan selalu ditegur oleh beliau yang mahukan afifi berlatih membacanya sekurang kurangnya lebih dari sekali.namun beliau akan menegur sambil tersenyum dan bersahaja.Aku berasa cukup indah ikatan persahabatan antara kami ketika itu.
Masa berlalu,,aku tidak lagi bersua muka dengannya selepas itu.sebulan lamanya.aku sibuk dengan pelajaran dan kehidupan berumahtangga aku.sehinggalah aku menerima berita dari seorang sahabat arab sini bahwa sahabat,guru,ku ini telah pun kembali ke rahmatullah.Aku kaget,terdiam,sebak,terkilan,.agak mengambil masa yang agak lama untuk aku redha dengan pemergiannya.Aku membantu sahabat itu untuk menampal kertas pemberitahuan pemergian Aalauddin.SEDIH TIDAK DAPAT AKU GAMBARKAN takala aku menampal notis pemberitahuan itu.
Alhamdulillah usai solat jumaat,aku sempat untuk solat jenazah beliau,dan memikul jenazah beliau untuk dikebumikan .berebut rebut sahabat sahabat yang lain untuk turut mengusung jenazah beliau.aku juga berkesempatan untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya,dan sama sama mengebumikan beliau.perasaan sebak aku tidak terbendung lagi.Benar,aku sangat terasa kehilangan nya.terasa masih segar suara lunak nya mengimamkan kami,celotehnya,sikap pemalunya.
Kehadirannya dalam hidup kami,sememangnya satu keberkatan,persahabatan aku dan ALLAHYARHAM aalauddin al muhtasib,banyak mencorakkan kehidupan aku,kekal ke akhir nya,moga moga membawa ke syurga sana.Amin.
Al fatihah.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!