Sekadar gambar hiasan; menyesal tidak membawa kamera bersama.
Indahnya pagi itu. Lantai bumi terbentang permaidani jingga kekuningan. Yang merah-merah masih berbaki mencari lindung di bawah gahnya pohonan maple. Berasa nikmat, memijak sekalian yang mendiami laluan awam pejalan kaki. Rangup. Damai mengusik jiwa. Terbaiklah. Tetapi... ops! Aku tidak sempat untuk menikmati semuanya itu, kerana – kerana aku sudah terlambat ke kelas, oh! – jarum jam adalah pembunuh senyap kebahagiaanku kala ini. Langkah kupercepat, kiri dan kanan menjadi pemandangan kabur yang lewah. Rugi. Teorinya mudah, kalau kau mahu menikmati alam ciptaan Tuhan dan berzikir memuji keagungan-Nya, justeru jangan lewat ke kelas. Kau tidak akan sempat melihat dan memikirkan hikmah setiap yang diciptakan-Nya. Bukankah merugikan? Mengejar dunia tetapi sebenarnya kau meninggalkannya setiap detik. Meninggalkan bahagian dunia yang mengingatkan kau kepada akhirat. 'Terbaiklah!'
Dalam memaknakan sebuah kewujudan,
4 buah bicara:
entri pendek namun sangat mengesankan. penuh tersirat. mendalam sungguh. teguran biasa namun besar artinya. diri sama-sama merasa getarnya. benar. kerana saya juga tiada kesempatan itu. bermusabah berlama-lama. walau hanya berjalan sedetik di muka bumi tuhan. sungguh, dunia ini penuh tipu daya.
ah, apa yang saya repekkan ini??
pepatah Cina ada menyatakan
"tidak akan miskin seseorang yang menyambut fajar pagi 360 hari stiap hari"
Pagi yang ceria membawa seribu makna.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!