Wafeya

Life is a serious matter.

Saturday, June 26, 2010

Pesan

Ini, puisi bernas dari seorang adik jauh yang amat kucintai sempena hari graduasiku. Puisi sarat pesan dan ingatan hingga serasa beratnya tanggungan kini menjadi ringan nian apakala menyelami siratan maksud yang telah sedia tersurat. Terima kasih, sasalim.



Pesan

kanda sang ratu yang tunduk bersama Sulaiman,
adinda yang tak berapa matang datang bertamu,
apa benar dunia maya bakal ditinggalkan setelah meneroka alam baru?
moleknya teruskan wujud di sini,
kerana adinda lihat ramai yang masanya bagai intan berlian masih lagi di sini memberi manfaat.

kanda sang ratu yang terpana dengan keindahan istana Sulaiman,
adinda yang tak berapa lurus ini ingin berkongsi,
pernah adinda baca satu peringatan,
jadikan DR sebagai daieyah Rabbaniyah terlebih dahulu,
sebelum diseru sebagai lambang kebanggaan umat.

kanda sang ratu yang sedar khilaf lantas bersujud kepada Tuhan,
adinda yang tak berapa maju ingin menyatakan,
usah kanda risau akan masa hadapan,
kerana yang mencorakkannya adalah warna hari ini,
maka teruskan melakar warna pelangi di langit tinggi,
Dia sedia menghulur tangan dengan pasti.

kanda sang ratu yang pekerti jiwanya menawan,
adinda yang tak reti berkata-kata ini ingin menyeru,
seluruh alam sujud syukur dengan keteguhanmu,
meskipun bergelar 'segulung ijazah' di dunia,
ingatlah dunia itu ladang tuaiannya akhirat,
maka janganlah singgahsana indah menghalang kanda sujud kepada-Nya.

kanda sang ratu yang dianugerahkan kemuliaan dari-Nya,
adinda yang putus fiusnya ini tidaklah reti bermadah pujangga,
mungkinkah kanda boleh meminta sang pujangga menyusun kata,
adinda menyulam jari yang sepuluh andai ada gores kecil di hati,
ikhlas dari hati, tautan ini lebih mempesona dari segalanya,
maka terima kasih untuk itu tidak pernah mampu dikira.

sasalim
2010.


Duhai, perlukah kiranya kumembalas? Seperti tak mampu rasanya menandingi tulus bicaramu. Pesan yang datang dari hati. InshaAllah, kan sampai dan terus kekal di hati.



Ada garis-garis halus tercantum di kedua hujung matanya,

9 buah bicara:

subhanallah..bestnya dpt adik mcm ni..selalu mengingatkan..
btw..tahniah ya..ukhti balqis..selamat bergelar DR-Daieyah Rabbaniyah =)
 
Anonymous
*pengsan* *bangun* *pengsan* *bangun* *kelip2 mata*

eh garis halus tepi mata tu maksudnya senyum ke garisan penuaan? haha
 
Rasa budak kecil di gambar tu tak perlu panjat pintu pagar tu untuk ke sebelah sana. Lalu palang tinggi sebelah tu boleh lepas jer. Rasanya lah..
 
mabruk dah graduate.. moga terus tsabat dalam perjuangan.

*saya yang tak berkaitan dgn sajak ni pon boleh hadir rasa haru dan genang air di mata T_T
 
Anonymous
Anon, yupsie sangat best. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Bertuah mengenalinya. Terima kasih, InshaAllah. Mohon doanya selalu, ya. =)

Sas, are you okay? Hehe... Terima kasih atas puisinya. Terharu amat tiada kata. Sungguh. Bertuah mengenali kamu. Maksudnya, er... akan dikenang sampai ke tua, barangkali. Andai ada umur yang panjang. InshaAllah.
 
Kanak-kanak itu, saya dahulu pun menghantar lukisan ke KFC Hour. Erm, kan ada dawai kawat yang mengikat di antara palang-palang kayu tersebut. Cuba anda perhatikan betul-betul. =)

aeisyulillah, hidup kerana Allah. Subhanallah, terbaik nick ini. Mudah-mudahan InshaAllah, everything lillahita'ala. Terima kasih atas ucapan. InshaALlah. Mohon doanya selalu ya.

*Sajak dari hati. begitulah ia bisa menyentuh hati*
 
tahniah.bagus sajak ini.pertama kali membaca,terus mengingatkan betapa banyak lagi usaha harus dibuat untuk tanggungjawab yang besar nanti d SANA. apa-apan,tahniah kepada Blaqis, kerana sudah bergelar tobibah.
 
Subahanallah. Sajak yang baik.

Mari jadi DR!!

Dua dua DR.

Insha Allah.
 
Ridhuan, terima kasih. InshaALlah. Mohon doanya selalu.

Haslina, InshaAllah. =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!