Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, June 06, 2010

Sejadah Panjang

Serius. Memang sukar memulakan pembacaan apabila tarikh peperiksaan masih jauh. Dua belas hari lagi. Tiga mata pelajaran sekali serentak dalam sehari. Maka sepatutnya berbaloi sudah masa yang diberi untuk ulangkaji ketiga-tiganya. Tetapi menghadap nota seperti menghadap kertas kosong. Ah, sukarnya menetapkan hati. Sedang deretan nota-nota yang menanti untuk dibelek sangat mencungkil rasa bersalah setiap kali terpandangkan. Rasa bersalah terhadap waktu, rasa bersalah terhadap ilmu, rasa bersalah terhadap kewajaran masa depan dan tentu rasa bersalah paling agung terhadap Tuhan; yang memberi pinjam segala. (Rasa bersalah mungkin tidak layak digunakan bila berhadapan Tuhan. Rasa berdosa. Ya, itu setepatnya. Allah tuhanku, ampunkan aku atas masa-masa yang terbazir begitu sahaja. Amin)

Tolak ketepi sebentar segala nota. Pejam mata dan tarik nafas panjang-panjang. Gaya seperti sudah banyak sangat membaca walhal helaian kertas yang bertanda masih senipis kertas tisu. Hakikat. Telan dalam-dalam hakikat ini. Biar rasa pahitnya berdesing sampai ulu hati. Waktu itu, barangkali baru sedar, betapa kelat pahitnya yang bernama hakikat. Pahit kerana dalam sedar tahu betapa lemahnya iman. Sedang kesusahan yang dihadapi hanyalah pada menghabiskan pembacaan. Alahai, apa sangatlah mahu dibanding dengan kelaparan, kebuluran, kemiskinan, penyakit melarat menunggu mati, dan tanah air dirampas orang? Ya Allah hai, jauh nun ibarat kerak bumi dengan galaksi bima sakti. Hakikat.

Mudahnya bermain kata di sini. Sebenarnya mahu sedapkan hati. Kerana tidak bisa meneruskan membaca, maka barangkali mungkin bisa menulis. Walaupun tiada apa yang hendak dibicarakan, sekurang-kurang biar huruf-huruf ini menyusun dirinya sendiri agar segak berbaris memberi patah-patah kata yang punya makna dan bererti yang kalaupun tidak tersampai di hati, sekurang-kurang ia terhenti di akal untuk difikir, disimpan dan diingat. InshaAllah. Ini, bacaan untuk diri sendiri.

******************
Membaca catatan teman-teman senior tentang kehidupan setelah bergelar housemanship, terasa gelap masa depan. Seakan hilang segala cahaya kebahagiaan. (Wah, wah melampau sungguh hiperbolanya di sini) Perhatian sangat-sangat, kata-kata ini adalah kata-kata orang yang tidak berusaha bersungguh-sungguh jadi rasa sangat takut untuk hadapi hari depan dengan berani.

*Er, tiba-tiba ada orang angkat tangan perlahan-lahan dengan takut-takut*

Tak
apa Dr. Balqis, awak boleh turunkan tangan awak.

Dalam Al-Hadid ayat ke-21, telah cantik Allah berfirman yang bermaksud,

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.

Ayat ini merupakan sindiran pedas dan peringatan Allah untuk mereka yang menjalani kehidupan untuk hidup. Allah SWT pada ayat ini menyatakan satu kitaran kehidupan yang sangat indah, sebuah hakikat kehidupan, realiti kehidupan, makna kehidupan bagi mereka yang hidupnya sekadar untuk hidup.


Perhatikan bagaimana Allah mulakan dengan perumpamaan dunia sebagai permainan. Cuba kita lihat anak kecil, apa erti kehidupan pada mereka? Bagi mereka, semua yang dilihat adalah permainan. Apa sahaja yang tidak dibuat main, segala pasir, pisau pun dibuat main. Nah, ini maknanya perumpaan Allah, dunia itu hanya sekadar mainan seperti anak kecil menanggapi objek-objek yang berada di sekelilingnya.


Kemudian lanjut usia, meningkat remaja. Apakah makna hidup bagi majoriti remaja hari ini? Bukankah hidup bagi mereka untuk berseronok-seronok sahaja? Perhatikan frasa kedua yang Allah gunakan setelah la’ib, Allah letakkan lahwun iaitu sia-sia. Inilah kitaran kedua hidup manusia, sia-sia dan melalaikan. Hidup merempit, melepak, buang masa dan berfoya-foya.

Kemudian meningkat usia lagi, Allah nyatakan kitaran seterusnya, wa ziinah. Apa makna kehidupan bagi mereka yang telah meningkat dewasa, yang sudah bekerja, menjadi usahawan, doktor, majistret, lawyer, ahli muzik dan sebagainya? Ziinah, iaitu perhiasan. Inilah kitaran ketiga kehidupan manusia iaitu dunia sebagai perhiasan; mula berhajat untuk memiliki kereta mewah, barang kemas, rumah-rumah yang indah, pakaian-pakaian yang cantik. Jika itu yang difikirkan sebelum kita bekerja, maka kita sudah masuk dalam kitaran ini.


Kemudian setelah berkahwin dan berkeluarga, semakin meningkat usia, apa makna kehidupan bagi golongan umur ini? Watafakhuru bainakum- bermegah-megah antara kamu serta, watakathurun fil amwaali wal aulaad - berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak. Hidup hanya sekadar untuk mengumpul harta dan berbangga-bangga dengan pencapaian anak. Inilah kitaran keempat kehidupan manusia, tiada lain hanya berbangga-bangga dengan pencapaian duniawi.


Makanya ini kitaran kehidupan bagi mereka yang sekadar hidup untuk hidup, yang Allah umpamakan sebagai tanaman yang subur pada mulanya, tetapi kemudian hancur kerana semuanya hanya sementara sahaja.


Akhirnya di pengakhiran ayat, Allah menyimpulkan kehidupan dunia yang kitarannya begini, hanyalah sebagai mata'. Apa itu mata'? Imam Malik merantau ke kampung pedalaman untuk mencari makna mata' bagi masyarakat Arab asal. Akhirnya beliau temukan, apabila seorang budak menjerit memberitahu padanya, “hadza mata', hadza mata'”, seraya menunjuk ke arah sisa-sisa buangan sampah sarap yang busuk.

Nah! Inilah hakikat dunia pada pandangan Allah, bagi manusia yang menjalaninya mengikut kitaran seperti di atas. Kesenangan yang menipu.

Maka apa kena mengena dengan masalah Dr. Balqis tadi?

Jika hidup hanya sekadar untuk memenuhi syarat-syarat kehidupan – belajar bersungguh-sungguh, bekerja berhempas pulas demi mencapai expectation tinggi manusia, maka semua perkara menjadi sukar dan payah kerana apabila tidak dapat melepasi semua expectation tersebut, diri menjadi sangat mudah putus asa dan hilang harapan. Mengejar dunia yang rupa-rupanya hanyalah sampah sarap yang busuk.

Lantas Allah memberikan solusinya dalam surah yang sama ayat seterusnya,


“Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar”.


Kita lihat, Allah memotivasikan kita dengan seruan-Nya - berlumba-lumbalah. Allah tidak menyeru kita supaya merangkak atau berjalan, tetapi Allah menyeru kita supaya berlari! Bersegara, berlumba-lumba dalam maraton ini, menuju kepada kehidupan abadi, hidup untuk mati. Inilah kehidupan yang sebenar, kehidupan untuk mati. Hidup untuk syurga. Keluar dari kitaran dunia yang digelari Allah sebagai sampah, tetapi justeru, masuk ke dalam kitaran hidup dunia dengan perlumbaan mendapatkan keampunan dari Allah dan syurga seluas langit dan bumi. Subhanallah. Terbaikkan? Terbaiklah.


Bagaimana?


Dengan mengabdikan diri, segala pekerjaan dan kehidupan mencari redha Allah. InshaAllah, kerja bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Biar kita bekerja dan hidup, menjadi Rahmatan lil A'lamin. Biar pekerjaan kita kelak menjadi sejadah panjang pengabdian kita kepada Allah. Amin, ya Robb.




Faham Dr. Balqis?


Alhamdulillah. Syukran.


Aiwah. Khair. Ha, bolehlah sambung ulangkaji nota, ya? Banyak lagi belum bacakan? Cukup-cukuplah menghadap monitor ini dan terbazir masa begitu sahaja. Buat rosak mata sahaja. Usahakan untuk lebih rajin, konsisten dan istiqamah. InshaAllah. Selamat berjaya dalam peperiksaan. Bittaufeeq wannajah, InshaAllah.

************************


“Shaytan will come at you with that which you love, even if it is the deen” –Abu Hafsa-

Wallahua’lam.



Oh. PR, PR. Upgrade your PR please, doc. You are working with human, not machine.


Catatan kecil editor: Kasihan Balqis, menjadi watak yang sangat mengecewakan dalam entri kali ini. Doakan supaya beliau pulih dari kemalasan yang kronik. Dia ini memang perlu belajar seni bercinta dengan Tuhan. Mudah-mudahan. InshaAllah.



Menghitung sisa-sisa akhir hidup di Ukraine - membaca catatan adik Haniff tentang perantau - terasa sangat sekejap masa berlalu. Allahuakbar.

12 buah bicara:

=]
 
enti bitakallim masri.(awak cakap mesir)
hahah. atas melankolik. tiba2 sampai bawah saya dah tergelak.
^-^
 
-hazen, apa senyum-senyum? =)

sas, na'am. semua betul ke nahunya sas? =)
Gelak pula dia. isi sampai tidak ni? ^^
 
pergh..
Sape makan peria, dialah rasa pahitnya!
haaa..exam 'jauh'..memang sedang gagal diuji masa lapang.

Aiya..doa-doalah ya.

Err..6 tahun yang pendek? ayat biasa senior 'mencecah' garisan penamat... All the best kak!
 
sampai insyaAllah.
alahai, aiwah je pun. takde nahu sorof kat situ. hikhik
 
Salam, rasanya perlu angkat tangan juga ni. haih. Terima kasih ya balqis atas ingatan.

dan karikatur tu menarik. haha.
 
Haniff, tak pernah makan buah peria. =)
Doa, doa. InshaAllah.
Haha. Pendek sahaja enam tahun ini. Tak percaya nanti tunggu sampai tahun keenam dan rasa. Hehe. All the best juga dik Haniff!!

Sas, Alhamdulillah. Hehe. Saja.

Dinie, Sila-sila. Angkat biar ada makna... =) Sama-sama. Semoga menjadi ingatan bersama.
Sengal bukan doktor dalam karikatur tersebut? =)
 
salam ziarah.
entah bagaimana boleh tersesat dekat sini. lupa pulak.
erm, ingatkan awak kat tumblr je, rupanya ada kat sini jugak. hehe, salam kenalan!
 
haslina, selamat datang... =)
Hehe.
yup, ada dekat tumblr juga dan di sini. salam kenalan kembali!!
 
InshaAllah punya makna.

Sangat sengal. Tenang bagai mungkin sampai jawab macam itu. Tapi serius lawak. haha.
 
Dinie, ya, mungkin beliau telah memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan berita sedih tersebut kepada keluarga pesakit dan mungkin itu cara terbaik yang dirasakannya. Barangkali beliau sedang mengawal emosinya juga. Mungkin. A'ha, seriusnya saya. Huhu.
Silap-silap haribulan, mahu kena penumbuk sebiji dua kalau dalam relaitinya (bukan doktor tu nak tolong revive patient balik). Ish3.
 
Duhai, benarlah sumpahan ke atas waktu itu bermula dengan DEMI.
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!