Daun belum banyak lagi yang gugur kekuningan. Masih ada yang tampak hijau kegirangan, agam pada ranting-ranting yang bercabang-cabang gagah. Sedikit yang semakin layu kehitaman dan gugur patah saat dihembus sang bayu yang sekadar menumpang lalu sambil saling mengkhabarkan kepada pepohon yang berderetan -
“Gugurkan daun-daun kamu, musim sejuk akan tiba dan sang salji tidak sabar untuk tuntas turun memutihkan semua!”
Lantas, segalanya dirakamkan oleh lensa kamera telefon bimbit seorang jurugambar amatur. Tidak mahu terlepas pemandangan yang indah ini, nanti bakal disejuk bekukan oleh sang salji putih, juga kerana saya telah berjanji dengan seorang kenalan blogger yang mahu tahu apa rupanya musim luruh di Ukraine ini.
Lokasi : Sekitar jalan di Hospital No. 6, Simferopol
Waktu : Tengah hari - Ketika pergi dan pulang dari hospital
Mood : Penuh semangat seorang jurugambar amatur
Aku pergi dulu : Lihat pepohon lain di sekitar masih lagi hijau
Selamat tinggal: Kembali ke tanah
Mesra: Dua latar alam - hijau dan kuning
Usia emas : Pasti bagi setiap yang hidup dan panjang umurnya =)
Hidup : Manusia dan alam dari Yang Satu
Mahu pulang : Damainya di sini
Dek kitaran hidup kita yang berbeza; aku di bawah sedang kau masih lagi di atas
Sudah tercatat kitaran hidup; begini akhirnya
Menanti : Bilakah saat akhirnya bertemu tanah?

'Gargarina Park' di musim luruh
Alangkah, saya bertemu dengan Sang Tupai sewaktu sedang sibuk merakam gambar. Sungguh lincah, sukar dikejar, tetapi comel!!

Sebenarnya dia telah nampak saya dan terus sahaja beraksi spontan di hadapan kamera
Akhirnya saya nampak kamu, sang Tupai!
Itu sahaja gambar-gambarnya. Maaf tidak berapa jelas, almaklumlah kamera dari telefon bimbit. =)
Musim luruh dalam tiga bahasa yang saya tahu :
Autumn/Fall
Son Bahar / Guz - Turkish
Aki - Japanese
Cuba belajar erti menjadi pohon!!
Rechnaya Street
Simferopol
Ukraine.
Bakal menyusul : Makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Ukraine