Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, October 13, 2008

Tamsilan Musim Luruh - apa adanya?

Daun belum banyak lagi yang gugur kekuningan. Masih ada yang tampak hijau kegirangan, agam pada ranting-ranting yang bercabang-cabang gagah. Sedikit yang semakin layu kehitaman dan gugur patah saat dihembus sang bayu yang sekadar menumpang lalu sambil saling mengkhabarkan kepada pepohon yang berderetan -

“Gugurkan daun-daun kamu, musim sejuk akan tiba dan sang salji tidak sabar untuk tuntas turun memutihkan semua!”

Lantas, segalanya dirakamkan oleh lensa kamera telefon bimbit seorang jurugambar amatur. Tidak mahu terlepas pemandangan yang indah ini, nanti bakal disejuk bekukan oleh sang salji putih, juga kerana saya telah berjanji dengan seorang kenalan blogger yang mahu tahu apa rupanya musim luruh di Ukraine ini.

Lokasi : Sekitar jalan di Hospital No. 6, Simferopol
Waktu : Tengah hari - Ketika pergi dan pulang dari hospital

Mood : Penuh semangat seorang jurugambar amatur




Aku pergi dulu : Lihat pepohon lain di sekitar masih lagi hijau


Selamat tinggal: Kembali ke tanah


Mesra: Dua latar alam - hijau dan kuning


Usia emas : Pasti bagi setiap yang hidup dan panjang umurnya =)


Hidup : Manusia dan alam dari Yang Satu


Mahu pulang : Damainya di sini


Dek kitaran hidup kita yang berbeza; aku di bawah sedang kau masih lagi di atas


Sudah tercatat kitaran hidup; begini akhirnya


Menanti : Bilakah saat akhirnya bertemu tanah?



'Gargarina Park' di musim luruh

Alangkah, saya bertemu dengan Sang Tupai sewaktu sedang sibuk merakam gambar. Sungguh lincah, sukar dikejar, tetapi comel!!






Sebenarnya dia telah nampak saya dan terus sahaja beraksi spontan di hadapan kamera


Akhirnya saya nampak kamu, sang Tupai!

Itu sahaja gambar-gambarnya. Maaf tidak berapa jelas, almaklumlah kamera dari telefon bimbit. =)

Musim luruh dalam tiga bahasa yang saya tahu :

Autumn/Fall
Son Bahar / Guz - Turkish
Aki - Japanese




Cuba belajar erti menjadi pohon!!
Rechnaya Street
Simferopol
Ukraine.

Bakal menyusul : Makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Ukraine

8 buah bicara:

Autumn is beginning (or has already pun) showing it's colours.

Cantiknye scenery kat sana Balqis!
 
Yup, paling suka time autumn and spring~

Cantik dan indah!!!

Subhanallah
 
Cantik....tu mcm tupai terbeng je
 
Anonymous
eh, eh bukanlah... tu tupai tanah tu, tupai terbangkan antara tangan dengan badannya semacam ada selaput... cuba tgk betul2~ huhu...

tupai terbang banyak di kampung saya
 
Salam dik...
Musim gugur di Malaysia yang popular ialah musim gugur durian... kekeke
Seronok tengok daun gugur, kan? Seperti hamparan karpet...
 
Anonymous
salam kak su...

huhu, lama tak dgr citer, eheks..

Sekarang durian byk lagi ke kak su? LAst time balik pun dah tgl skit jer...

sini, jgnkan durian, kepok durian pun x de kak su, hehe...

Betul!!
 
perubahan musim..

iktibar kepada warna..

pada usia muda memang nampak kusam dan kurang menarik.. bila berbunga nah alangkah indahnya.. bila tua.. warna emas yang tersisa memang berharga laksana emas-emas berkilau namun bila leka.. kelak pasti gugur jua ke tanah.. hilang lah tempoh untuk semua hidupan berzikir memujiNya...

nurul aida simferopol
 
Anonymous
kak aida sayuti?

Thanx for jenguk2~ing my blog, huhu..

Tamsilan yang baik sekali, tapi usia muda kan menarik juga, comel, indah dan ceria.... itu kehidupan sewaktu kanak2, bukan? berbunga itu zaman remaja, warna emas - banyak pengalaman dalam hidup, hehe... betulkan?

datang2 selalu jenguk balqis kat sini, yer~
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!