Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, October 01, 2008

Saya sayang kamu

Terpisat-pisat saya membaca, cuba menterjemah tiap patah perkataan yang tertera. Khali. Sejurus, mata saya terasa memberat. Menakung segala pilu, haru dan hiba lalu tumpah pecah mengalir. Mulanya hanya manik-manik kecil, kemudian menjadi aliran yang tidak putus-putus pula. Tahu-tahu skrin paparan telefon bimbit saya sudah basah. Saya baca kembali, mahu simpan, mahu semat dalam-dalam, sampai tua pun saya tidak akan lupa ini;

Kita berempat,
dari ayah dan ibu yang bersatu,
membesar dalam erat kasih dan sayang,
Ukhuwah kita kekal menyatu...
Walau ada sepalit badai melanda,
tidak keruan sebentar.
Aku dan engkau tahu,
kita sedang diuji...
Terasa berat melewati dugaan...
Sekali-sekala Tuhan terkadang mengambil apa yang pernah diberi
Seraya ingatan bahawa tidak selama nikmat kita kecapi
Suatu hari dugaan pasti bertandang lagi,
Mengetuk leka dinihari...
Kita jauh,
tapi tak sepalit ingatan dan kenangan dibiar terpadam,
Ampunkan salah dan silap duhai kakakku sayang.
Akan kutunggu raya bersamamu,
Kerana ku kepingin mengecap nikmat zaman anak-anak,
Walau usia tak sebanding keinginan.
Salam Aidilfitri.

Sajak kecil, dan tiada erti pun buat kamu yang membaca, tapi maknanya cukup besar buat saya. Sampai sekarang saya tidak tahu apa yang saya perlu tulis sebagai balasan. Saya sayang kamu, adikku. Cukup kalau kamu tahu tentang itu. Saya sayang kamu. 

saat mentari perlahan-lahan berlari

dan kegelapan malu-malu menampakkan diri

sedang daun maple hampir-hampir sahaja menjejak bumi

Rechnaya Street,

Ukraine.

3 buah bicara:

Hey there! Come and join us for a BBQ buffet at the beach in Penang this Christmas with watersports activities included! Sign up now! Check out my website at www.runwiththewave.com THanks! I'm not spamming your blog. Just want to inform you thru the fastest way :)

Selamat Hari Raya!
 
Salam lebaran Balqis...
Setiap orang punya cabaran yg tersendiri. Berpisah sementara, jauh dari keluarga, mengumpul rindu sehingga masanya tiba untuk di curah semua.

Semoga Balqis sentiasa ingat dan bersemangat untuk masa itu.
 
InsyaAllah, kak Su...

Terima kasih atas ingatan itu, pasti dan pasti saya simpan dan semat dalam hati~
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!