Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, October 22, 2008

Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?



Kelas Sectional Course petang tadi. Ada autopsy. Ini kali kedua saya menyertai autopsy. Kali pertama ialah dua tahun lalu sewaktu mempelajari subjek pathology anatomy. Kata cikgu, semalam masuk hospital, hari ini sudah dipanggil Tuhan. Pagi tadi perginya, kata cikgu lagi. Kami mencatat sambil cikgu menyambung membaca sejarah kes pesakit yang baru 'pergi' tadi.

Main Disease : Ischemic Heart Disease (Unstable Progressive Angina Pectoris, Atherosclerosis, Cardiosclerosis)

Complications : Paroxysmal Ventricular Tachycardia, Pulmonary Edema, Symptomatic Hypertension.

Accompanying Disease : Obesity III stage

Cause of Death : Cardiogenic Shock

Kemudian, autopsy bermula. Habis isi badan dibongkah, dikeluarkan segala organ-organ penting. Peparu, jantung, hati, limpa, perut, hempedu, pancreas (entah apa dalam bahasa Melayu), buah pinggang dan segala usus. Banyak perubahan morfologi yang kelihatan pada organ-organ tersebut. Segala necrosis, sclerosis, abscess, edema, hernia, atrophy, hypertrophy etc. boleh ditemui. Bau hanyir, usah dicerita, tapi perlu berhadapan juga. Mujur darah yang keluar tidak melimpah banyak. Pakar patologist yang membedah memang amat teliti, kemas dan cermat. Tiap yang berlainan dari norma asal warna dan bentuk organ tersebut akan diterangkan dengan jelas samada oleh pakar patologist yang membedah atau cikgu sendiri.

Kadang-kadang cebisan-cebisan kecil dipotong dari setiap organ tersebut dan dimasukkan ke dalam dua botol yang berlainan. Satu kecil dan satu lagi sedikit besar. Mungkin untuk ujian histokimia atau cytology bagi mengenal pasti punca-punca terbentuknya abnormality pada organ-organ tersebut serta untuk mengesahkan punca kematian pesakit untuk ditulis di dalam sijil kematian nanti.

Selama hampir satu jam itu, kami hanya memerhati. Sekali-sekala yang terdengar adalah bunyi dengusan rakan-rakan yang tidak tertahankan bau hanyir mayat tersebut atau ada yang berdecit-decit halus menyatakan kekaguman melihat proses autopsy itu berjalan. Saya pendekkan cerita, autopsy itu pun tamat, dan cikgu memberi kerja sekolah kepada kami; sediakan satu sijil kematian berdasarkan diagnosis kamu sendiri.

Baik cikgu.

Sijil kematian?

Begitu.


"Katakanlah wahai Muhammad sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan".

(Al-Jumua'h, ayat 8)





Kau sudah berlari,
mengapa aku masih bertatih?
Path Anat Building,
6th Hospital.

14 buah bicara:

wah Balqis..awak sudah melihat pembedahan mayat yang fresh?
 
Yup, di sana macam mana 'Aqilah? Awak dalam tahun berapa pengajian?
 
Wah, mengurus mayat lebih mengingatkan kita tentang mati. Mengingat mati juga satu ibadah. Ada baiknya juga menjadi doktor, selalu teringat mati. Semoga Allah memberi berkat.
 
Anonymous
Salam, dulu saya tidak terfikir tentang itu, tetapi setelah beberapa tahun belajar, saya rasa hakikat itu perlu saya terima. Hakikat akan berhadapan dengan kematian.

Kadang-kadang melihat dan mengetahui bagaimana insan dipanggil Tuhan membuatkan saya seringkali tertanya-tanya; bagaimana diri saya nanti bakal dijemputnya? Terasa seram sejuk memikirkan~

Semoga kita semua dijemputnya dalam husnul khatimah, InsyaAllah~
 
Saya selalu belajar bersama cadaver (dinamakan Marge dan Maggie oleh ahli kumpulan.Apa-apalah) namun belum pernah bersama mayat yang fresh.

oh dan saya baru dalam tahun kedua pengajian.

disuruh mereka sijil kematian juga? meremang saya mendengar.
 
Wah, cadaver pun ada nama! Maksud saya kalau di sini, sudah jadi cadaver, kami tak ambil pusing pun mahu tahu nama atau mahu beri nama, lagi2 pula nama org Ukraine yang panjang berjela dan susah disebut~

Tahun kedua? MAsih panjang dan jauh perjalanan tu~ Ganbarimashou, ne~

Itulah, masa nak reka tu kena ingat plak autopsy yang dilakukan tadi dan finding nya~ Huhu...
 
Autopsy memang die bedah and keluarkan semua ke?pastu pas abis tu masukkan balik ek?
(hehe.kurang ilmu sket bab2 medic ni)

terasa kagum gak r.bukannye senang nak jd doktor kn. Ganbatte ne!
 
Anonymous
Hurm, saya pun kurang pasti sebab kami tak sempat pun untuk melihat proses selanjutnya. Tapi kalau tak silap saya, sepatutnya, dia akan masukkan semula segala organ-organ tu balik dalam badan (mungkin susun, mungkin tak), dan jahit semula, baru diberi kepada keluarga si mati. (di negara Eropah ni, boleh jadi juga ada organ yang diambil untuk didermakan, tp atas concern keluarga si matilah).

Kata cikgu saya, autopsy ni wajib kat Ukraine. asal ada kematian je buat autopsy, untuk benar2 tahu punca kematian n nak elakkan kesalahan doktor masa buat sijil kematian. Tapi di negara kita, jarang dibuat autopsy, pertamanya sebab mungkin sbg orang islam, kita menghormati jenazah. Dan juga kerana ajal mati di tangan Tuhan walau bagaimanapun 'pergi'nya, kita selalunya akan menerima dengan redha.

Cuma di negara kita lebih banyak forensic daripada autopsy. Forensic ni selalunya bila ada criminal case (police matter) dan juga atas permintaan keluarga si mati atau kalau ada medical mistakes yang menyebabkan kematian tersebut.

Begitulah.

Kamu cakap begitu lagi membuatkan saya takut, huhu. Debaran semakin kencang bila tahun2 pengajian semakin kurang dan semakin dekat kepada panggilan tugas. Aduhai!
 
herm...ntahlah. mungkin mereka bersemangat begitu. *laughs* Tapi alhamdulillah, mereka menjaga kehormatan cadaver tersebut. Itu yang saya suka tengok. English people ni, moralnya tinggi (well in certain aspects la..tak semua..)

itulah Balqis..tahun inilah yang kritikal kerna saya mempelajari 5 sistem tahun ini. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan ini..
 
Saya setuju dengan kamu tentang English people ni tinggi moralnya, but well, in certain aspects~
huhu...

5 sistem? Uhuh, mungkin cara pembelajaran kamu di sana tidak sama dengan saya di sini, apa pun~ semoga berjaya n all d best!!
 
benar benar. banyak yang boleh dicontohi dari mereka..tp banyak yang tak perlu dicontohi juga kan? haha
itulah..5 sistem..saya rasa..mcm byk..tp mungkin saya saja yg mengeluh. ish..x elok mengeluh kan? astaghfirullah..
 
Akira, huhu...

Bersabar yer!!
Saya pun rasa macam banyak sgt tu!! sekali kelas atau selama 1 sem, 5 sistem?

ganbatte akira chan~
 
Salam Balqis...
Erk... kak su baca pun, dah rasa nak pitam. Sbb tu lah tak leh jadi doktor. huhu

Sekurang-kurangnya sudah bertatih... lebih baik dari merangkak dan meniarap... :D

Ganbate ne!
 
kak su!!

kak su lah satu-satunya pengomen (er, ada ker perkataan ni?), yang amik berat ayat2 pas signature saya tuh! huhu~

sepatutnya saya kena tapislah post yang ni sebab macam extreme ker keadaan yang disebutkan? huhu~
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!