Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, October 22, 2008

Dari seribu menjadi kosong~




Kosong.
Dari seribu menjadi kosong.
Seribu entah berapa,
dan kemudian kosong.

Dari ribu,
lalu ratus,
lantas puluh,
sa,
sifar.

Nil.

Dua minggu. Akhirnya saya berjaya mengemaskini kotak masuk akaun saya yang penuh dengan 1900 lebih mail yang belum berbaca itu. Lega. Makanya banyaklah e-mail rakan-rakan yang tidak berbalas, tidak berjawab, banyak juga maklumat-maklumat penting yang terlambat saya baca. Lagi banyak mail dari rakan-rakan GKLN. Ah, ketinggalan sungguh saya! Sudah berapa tahun, ya? Dua tahun ada? Tiga tahun mungkin. Hampir empat. Ah, saya tidak ingat.

Sudahlah.

Saya mulakan cerita yang baru nanti.

Tamat.

Mood: Terlalu banyak idea. Muntahkan, muntahkan!



Jaga-jaga
berjaga-jaga~
Simferopol.

2 buah bicara:

Salam Balqis

Rasanya dalam sungguh maksud puisi kamu tu.

Sejak bila Balqis minat dalam bidang penulisan ni ye?
 
Salam 'Aqilah,

Saya minat sejak di bangku sekolah lagi, cuma tidak dikembangkan sahaja. Sekolah saya dulu tak banyak inisiatif untuk sastera-sastera begini, huhu. Sebab sekolah saya waktu tu baru lima tahun ditubuhkan, jadi belum banyak perubahan yang berlaku. Sebenarnya banyak influence dari ayah saya juga.
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!