Ichi: Tolong senyap, boleh tak?
(Benar rupanya asas ajaran setiap agama itu, cuma akidahnya, tauhidnya lari entah ke mana)Di luar, cuaca seperti segan-segan mahu sejuk. Lebih baik duduk sahaja di dalam kelas waktu-waktu rehat begini. Cikgu juga tidak mahu keluar, leka menyambung tugasan entah apa di komputer ribanya. Kesempatan begini baik digunakan untuk menunaikan fardhu Asar yang baru sahaja menjengah waktu. Setelah meminta kebenaran, tiga daripada rakan saya bersegera mengirai sejadah dan dibentang menghala kiblat berdasarkan arah duduk bangunan tempat kami belajar. Tidak berjemaah, kerana tiada lelaki untuk mengimami, suara perempuan itu pula aurat bagi dua lelaki bukan muslim di dalam kelas kami. Sementara menanti giliran, saya menyambung bacaan, gusar berpangkah debar kalau-kalau ditanya sang guru nanti. Sebelum sempat saya menyelak helaian teks, saya dicuit rakan sebelah berbangsa India, "Kenapa dia sembahyang pakai kasut? Boleh ker?". Saya melempar pandangan ke arah Sakiah yang baru sahaja mengangkat takbir pertamanya. Pantas memandang semula rakan yang bertanya tadi saya memberitahu, "Oh, boleh...Tak ada salahnya pakai kasut waktu sembahyang, ia satu kemudahan, tapi ada sya..."
"Please be quite, your friends are praying!", tiba-tiba sang guru yang sedang leka menghadap komputer ribanya bersuara perlahan, tetapi tegas nadanya. Saya dan rakan di sebelah tertunduk diam, memandang buku di ribaan (bilik profesor ini tiada meja!). Meja sang guru hanya beberapa inci dari tempat duduk saya, lantaran itu sekadar bisik-bisikan juga pasti mudah ditangkap gegendang telinga. Ah, malunya, ditegur oleh seorang penganut Kristian Ortodoks begitu! Sebetulnya memang perlu berdiam tatkala ada yang berdekatan sedang khusyuk bertemu Tuhan, sementelahan bilik yang sekecil itu, pasti amat mengganggu! Saya tidak pasti guru menegur kerana apa; kerana kami mengocak konsentrasinya atau benar-benar guru meminta kami diam bagi menghormati rakan yang sedang bersolat. Saya sekadar bersangka baik dengan pilihan kedua. Kamu?
Ni: Bukan kami tidak mahu makan... tapi...
"Mahu ke mana?" tegur Ketua Jabatan Medical Catastrophe tatkala melihat saya dan Sakiah (Sakiah lagi!) berjalan deras-deras melintasinya yang muncul secara tiba-tiba di tepi birai pintu.
"Makan, cikgu!" saat terucap sahaja kalimah nikmat itu, hadir Lavash smiasam berawan-awanan di ruangan minda, lantas pantas kelenjar liur merembes saliva menambah giur pada kering tekak dan kosong perut tika itu.
"Mahu makan apa?" tanya beliau sambil jalan beriringan dengan kami.
"Lavash smiasam".
"Oh, tak mahu cuba daging
"Eh, kami tak boleh makan, cikgu", balas kami hampir serentak.
"Kenapa? Saya memang dengar yang kamu tak boleh makan daging
Aduhai, mahu jawab apa? Kalau dihuraikan bahawa itu adalah perintah dari firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat ketiga, bolehkah dihadamnya? Tentu persoalan, 'Tapi, kenapa?' akan berulang kembali. Kemudian,
"Sebab...erm, alah, cikgu pun tahukan, yang dalam daging
Pecah gelak tawa beliau sambil turut mengiyakan dengan anggukan juga. Memandang kami sebelum berlalu pergi, beliau sempat berkata,
"Jawapan yang bijak. Saya setuju, tapi kalau sekali sahaja, takkan ada apa-apakan?"
Ah, tetapi kalau ditakdirkan yang sekali itu bisa mendatangkan mudarat, siapa yang tahu, kan cikgu? Tentunya sekadar terdetik dalam hati tanpa mampu bersuara lagi kerana beliau telah pun hilang lesap dari pandangan kami.
Nota kaki :
1. Medical Catastrophe - Cabang ilmu perubatan kecemasan ketika berlaku malapetaka besar seperti
banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, ribut taufan dll.
2. Lavash smiasam - Bayangkan isi burger keju dibalut dengan roti pita (?). Tambah sos dan mayonnese
3. Taenia Solium - Cacing pita dari babi, diketahui sejak Hippocrates, atau mungkin sejak zaman Nabi
Musa walaupun pada waktu itu belum dapat dibezakan antara cacing pita daging
lembu dengan cacing pita daging
4. Ichi - Satu
5. Ni - Dua
Bonus :
Software Al-Quran untuk dimuat turun:
1) Al-Quran Terjemahan Melayu lengkap.
2)Plug Ins Al-Quran in Microsoft Words.
(Wah, ada bonus-bonus pula! Bagi yang sudah ada, tidak mengapa. Kalau tiada, muat turun, ya! Berguna amat!)
Tonton video 'Ada apa dengan khinzir' ini :
Eurotrip: Siapa mahu ikut?