Wafeya

Mata ke bumi, hati ke langit

Friday, October 24, 2008

Highly Recommended !!

Nothing to do for the weekend?

So bored like the world has no end?

Here, watch this :

Children of The Secret State



It's only 45 minutes, though. Won't take much of your time. Spend some to understand the sufferings these children have and then,

You do the math! =)

Wassalam.




Cerita tentang angin,
Bila ada ia berhembus,
Bila tiada?
Simferopol.

Wednesday, October 22, 2008

Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?



Kelas Sectional Course petang tadi. Ada autopsy. Ini kali kedua saya menyertai autopsy. Kali pertama ialah dua tahun lalu sewaktu mempelajari subjek pathology anatomy. Kata cikgu, semalam masuk hospital, hari ini sudah dipanggil Tuhan. Pagi tadi perginya, kata cikgu lagi. Kami mencatat sambil cikgu menyambung membaca sejarah kes pesakit yang baru 'pergi' tadi.

Main Disease : Ischemic Heart Disease (Unstable Progressive Angina Pectoris, Atherosclerosis, Cardiosclerosis)

Complications : Paroxysmal Ventricular Tachycardia, Pulmonary Edema, Symptomatic Hypertension.

Accompanying Disease : Obesity III stage

Cause of Death : Cardiogenic Shock

Kemudian, autopsy bermula. Habis isi badan dibongkah, dikeluarkan segala organ-organ penting. Peparu, jantung, hati, limpa, perut, hempedu, pancreas (entah apa dalam bahasa Melayu), buah pinggang dan segala usus. Banyak perubahan morfologi yang kelihatan pada organ-organ tersebut. Segala necrosis, sclerosis, abscess, edema, hernia, atrophy, hypertrophy etc. boleh ditemui. Bau hanyir, usah dicerita, tapi perlu berhadapan juga. Mujur darah yang keluar tidak melimpah banyak. Pakar patologist yang membedah memang amat teliti, kemas dan cermat. Tiap yang berlainan dari norma asal warna dan bentuk organ tersebut akan diterangkan dengan jelas samada oleh pakar patologist yang membedah atau cikgu sendiri.

Kadang-kadang cebisan-cebisan kecil dipotong dari setiap organ tersebut dan dimasukkan ke dalam dua botol yang berlainan. Satu kecil dan satu lagi sedikit besar. Mungkin untuk ujian histokimia atau cytology bagi mengenal pasti punca-punca terbentuknya abnormality pada organ-organ tersebut serta untuk mengesahkan punca kematian pesakit untuk ditulis di dalam sijil kematian nanti.

Selama hampir satu jam itu, kami hanya memerhati. Sekali-sekala yang terdengar adalah bunyi dengusan rakan-rakan yang tidak tertahankan bau hanyir mayat tersebut atau ada yang berdecit-decit halus menyatakan kekaguman melihat proses autopsy itu berjalan. Saya pendekkan cerita, autopsy itu pun tamat, dan cikgu memberi kerja sekolah kepada kami; sediakan satu sijil kematian berdasarkan diagnosis kamu sendiri.

Baik cikgu.

Sijil kematian?

Begitu.


"Katakanlah wahai Muhammad sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan".

(Al-Jumua'h, ayat 8)





Kau sudah berlari,
mengapa aku masih bertatih?
Path Anat Building,
6th Hospital.

Dari seribu menjadi kosong~




Kosong.
Dari seribu menjadi kosong.
Seribu entah berapa,
dan kemudian kosong.

Dari ribu,
lalu ratus,
lantas puluh,
sa,
sifar.

Nil.

Dua minggu. Akhirnya saya berjaya mengemaskini kotak masuk akaun saya yang penuh dengan 1900 lebih mail yang belum berbaca itu. Lega. Makanya banyaklah e-mail rakan-rakan yang tidak berbalas, tidak berjawab, banyak juga maklumat-maklumat penting yang terlambat saya baca. Lagi banyak mail dari rakan-rakan GKLN. Ah, ketinggalan sungguh saya! Sudah berapa tahun, ya? Dua tahun ada? Tiga tahun mungkin. Hampir empat. Ah, saya tidak ingat.

Sudahlah.

Saya mulakan cerita yang baru nanti.

Tamat.

Mood: Terlalu banyak idea. Muntahkan, muntahkan!



Jaga-jaga
berjaga-jaga~
Simferopol.

Monday, October 20, 2008

Makan malam bersama Duta ~

Agenda : Makan malam bersama Duta Malaysia ke Ukraine, YB Dato' Abdullah Sani Omar dan
isteri
Lokasi : Restoran Aisha
Tarikh : 12 Oktober 2008
Waktu : 8.00 malam
Mood : Lapar-Lapang-Lepas (untuk seketika)




The menus... =p





Credits to all the photographers involved - Professionals and amateurs




Kenyang perutku diisi,
Mahu apa lagi?
Alhamdulillah...
Rechnaya Street 2a,
Simferopol.

Coming next : Bergetar rasa mencari keberkatan waktu~

Monday, October 13, 2008

Tamsilan Musim Luruh - apa adanya?

Daun belum banyak lagi yang gugur kekuningan. Masih ada yang tampak hijau kegirangan, agam pada ranting-ranting yang bercabang-cabang gagah. Sedikit yang semakin layu kehitaman dan gugur patah saat dihembus sang bayu yang sekadar menumpang lalu sambil saling mengkhabarkan kepada pepohon yang berderetan -

“Gugurkan daun-daun kamu, musim sejuk akan tiba dan sang salji tidak sabar untuk tuntas turun memutihkan semua!”

Lantas, segalanya dirakamkan oleh lensa kamera telefon bimbit seorang jurugambar amatur. Tidak mahu terlepas pemandangan yang indah ini, nanti bakal disejuk bekukan oleh sang salji putih, juga kerana saya telah berjanji dengan seorang kenalan blogger yang mahu tahu apa rupanya musim luruh di Ukraine ini.

Lokasi : Sekitar jalan di Hospital No. 6, Simferopol
Waktu : Tengah hari - Ketika pergi dan pulang dari hospital

Mood : Penuh semangat seorang jurugambar amatur




Aku pergi dulu : Lihat pepohon lain di sekitar masih lagi hijau


Selamat tinggal: Kembali ke tanah


Mesra: Dua latar alam - hijau dan kuning


Usia emas : Pasti bagi setiap yang hidup dan panjang umurnya =)


Hidup : Manusia dan alam dari Yang Satu


Mahu pulang : Damainya di sini


Dek kitaran hidup kita yang berbeza; aku di bawah sedang kau masih lagi di atas


Sudah tercatat kitaran hidup; begini akhirnya


Menanti : Bilakah saat akhirnya bertemu tanah?



'Gargarina Park' di musim luruh

Alangkah, saya bertemu dengan Sang Tupai sewaktu sedang sibuk merakam gambar. Sungguh lincah, sukar dikejar, tetapi comel!!






Sebenarnya dia telah nampak saya dan terus sahaja beraksi spontan di hadapan kamera


Akhirnya saya nampak kamu, sang Tupai!

Itu sahaja gambar-gambarnya. Maaf tidak berapa jelas, almaklumlah kamera dari telefon bimbit. =)

Musim luruh dalam tiga bahasa yang saya tahu :

Autumn/Fall
Son Bahar / Guz - Turkish
Aki - Japanese




Cuba belajar erti menjadi pohon!!
Rechnaya Street
Simferopol
Ukraine.

Bakal menyusul : Makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Ukraine