Sebelum
Berusaha! Pasti boleh! Gambatte! Update status Facebook seperti mahu pergi berperang. Sibuk minta satu dunia tolong mendoakan. Blog juga tidak kurang mendapat tempias. Ya, semangat itu perlu, kata-kata dorongan itu tambah menguatkan keyakinan bahawa tidak mustahil untuk berjaya. Tidak mustahil - kalau berusaha dan bertawakal. =)
Semasa
Tongkang pecah
Buku-buku adalah teman paling setia. Pen dan highlighter berganti-ganti. Nota-nota bertaburan, entah terkoyak dari bukukah atau tercicir dari kelipan fail-fail. Meja belajar tidak lagi kelihatan bentuk asalnya. Bilik tercantik? Jemputlah datang waktu peperiksaan.
Diet paling berkesan
Memasak tidak menentu waktu. Apatah lagi mahu makan! Ada mee segera itu pun sudah cukup besar rahmat. Loss of weight barangkali boleh jadi antara manifestasi klinikal selepas habis peperiksaan. Heh!
Syahid atau mujahid
Ini bukan lagi suatu persoalan. Kedua-duanya adalah satu keperluan. Tidak cukup tidur, kepala tambah berat. Jantung mengepam dengan sangat laju. Demi Tuhan, waktu itu aku memilih syahid dari mujahid. Terlena tika pedang (baca: pena) di tangan membuat garisan yang hampir menyerupai garisnya prima meridian yang merentasi Greenwich di London atas kertas nota. Sungguh! Waktu terjaga, bagaikan kembali ke medan juang. (Sempat pula update status di Facebook: Kawan-kawan, tolong doakan saya exam esok!)
Tokong hidup
Sebulan muka tidak pernah dilihat di mana-mana kecuali di bilik peperiksaan dan sekali-sekala di kedai makan. Bilik adalah gua pertapaan paling agung. Yang di meja dan kerusi, statiknya tidak bergerak-gerak kecuali kepala kadang-kadang terangguk-angguk dan mata terpejam rapat; menghafal! Yang bersila di katil pula bagaikan sedang meditasi merenung jauh masa hadapan, barangkali sedang mengingat dos-dos ubat sebelum kemudiannya mata terpejam rapat dan... terlelap.
Wasatiah (kurang belanja) dan zuhud
Huh! Alhamdulillah.
Selepas
Tiada kata terucap. Diam membisu sambil berjalan dengan langkah paling ringan pernah dirasakan selama menumpang hidup di bumi Tuhan yang sementara ini. Entahkan ulasan (baca: bebelan) apa dibuat oleh rakan-rakan tentang pengalaman-pengalaman berperang mulut (baca: ujian lisan) dengan guru, menjadi antara dengar dan tidak. Sekali-sekala cuma mencelah. Cuping telinga hanya menangkap bunyi hembusan bayu dan kicauan beburung. Damai. Bahagia.
Alhamdulillah. Selesai ujian dunia.
Ujian kecil dan tidak setara pun dengan ujian maha besar yang Esa.
Ujian hidup dan kehidupan.
Natijah dan balasannya yang disimpan di sana. Akhirat, negara yang kekal abadi.
Moga-moga dimudahkan jalan sebagaimana dimudahkan peperiksaanku di dunia.
Ameen ya Rabbal A'lameen.
“Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam syurga, padahal belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)
So much things to do yet so little time left,
5 buah bicara:
Man Robbuka?
semoga kita dipermudahkanNya...
***
p/s Blog ni dah berubah wajah ke? Rasanya mata kak tirana belum berubah...hehehehe
Semoga kita dapat mengharungi ujian dalam peperiksaan dan ujian dalam kehidupan.
balik rumah adalah paling banyak pancarobanya..
Kak Tirana, betul tu. Eh, bukankah akak pernah sampai di sini pada ketika ia telah pun berubah wajah? Hehehe...
Faiz, ya semoga! Gambarimas!
Liyana, samalah juga. Sudah sampai Malaysia, Alhamdulillah. Hahaha, mengapa ya?
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!