Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, June 22, 2009

Serbuk Darah

Pemikiran manusiawi memang hebat. Akal pemberian Tuhan diguna sehabis baik. Tidak cukup dengan penciptaan yang telah sempurna ada, direka lagi sesuatu yang lebih baik, hebat dan semakin mudah penggunaanya. Kagum. Saya kagum walau belum benar teruji.

Israel develops freeze-dried blood powder
JERUSALEM, June 20 (UPI) -- The Israeli army is working with a local company to turn soldiers' blood into a freeze dried powder.

Blood samples are taken from new recruits and processed. In the battlefield, the powder can be mixed with water to treat wounded soldiers, The Jerusalem Post reported Friday.

Subhanallah. Memandang dari satu sisi, betapa hebatnya makhluk ciptaan Tuhan bernama manusia ini.

...the powder can be mixed with water to treat wounded soldiers

Mudah. Seperti hendak memakai bedak sejuk.

Brig.Gen. Dr. Nachman Ash head of the medical corps told reporters if the idea proves itself it could also be adapted to civilian life. He said the company leading the research is Core Dynamics, a biotechnological company active in research and development of thawing and freeze-drying technologies in blood transfusions

Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Ash revealed a few other lifesaving devices currently being developed for the army, including a portable device with ceramic pipes that can produce oxygen in the field for wounded soldiers and a battery-operated device that could be used to ventilate wounded soldiers on the battlefield. Ash told reporters the army plans to convert the working models into commercial devices.

Mengapalah mereka bersusah payah mereka cipta segala keperluan-keperluan itu sedangkan siapalah yang sering benar menyerang dan menceroboh rumah dan kediaman orang?


Mereka bersedia tidak kira waktu, bertindak tidak kira situasi, dalam senyap melemahkan minda dan ruh Islam kita, terang-terang pula sedang melengkapkan artileri terhebat menangkis sebarang serangan atau hendak menyerang(?) Ah, tidak mahu berkisah panjang. Barangkali kita harus berhenti menongkat dagu bermain catur sambil gelak ketawa berpenglipur lara entah apa-apa dan segera-segera mencarinya yang seperti Salman Al-Farisi atau Muhammad Al-Fatih. Segera!

Daripada An-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W.
Lantas Abu Tsa’labah Al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian…”


Finally, do the math yourself...

13 buah bicara:

menakjubkan... dan kita masih sibuk mempersoal sambut maulidur-rasul itu bidaah atau tidak
 
ketika mereka sibuk membuat perancangan, kt jg sibuk membuat prncgn jg..tp cm terlalai sketika..
 
1+2+15-8=10... hehehe PEACE...
 
tere.. hu...kita lalai kejap. ingat balik. lalai kejap..ingat balik...serangan minda merata2
 
Dua tiga bulan yang lepas, seorang Prof Malaysia yang bekerja di Mesir memberikan sebuah pembentangan. Di dalamnya dinyatakan perbaningan jumlah kajian dan penyelidikan yang dilakukan umat Islam, "... jumlah kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh negara Israel dalam tempoh setahun adalah lebih benyak berbanding kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh keseluruhan negara-negara rantau Arab..."

Bagaimana mungkin kita mampu peroleh kemajuan dan menandingi musuh andai kita tidak mahu berubah mulai sekarang? Aktiviti R&D yang berterusan akan memberikan sesuatu yang 'baru' dan mengiktiraf kedudukan masyarakat tersebut disamping memeberi banyak kelebihan. Tidak kesahlah dalam apa jua bidang sekalipun.

Di manakah kita sekarang??

Mungkin perlu untuk kita pastikan sejarah dan impian bergerak sentiasa seiring selari...
 
tetibe mcm teringat Sabda Baginda
"takut mati kerna cintakan dunia"

kl mcm israel, depe takot mati sbb 2la wat mcm2ni sbb nak cube yakinkan tentere yg depe punyer peratusan utk idop dlm peperangan e2 tggi...
 
Salam,

MasyaAllah!, memang hebat manusia ni, tambah2 lagi akak di paksa membaca dan memahami concept dalam labour theory yang top nya dicipta oleh orang yahudi itu lah! sakit kepala...hahahhaa

Balqissssssssssssssssssssssssssssssss...lawa nya layout blog nih! cantik gile...camna nak buat ya?
 
Salam,

Kita sekarang selalu saja berkata 'mereka' itu hebaaatt!

Kita jarang muhasabah..mengapa 'kita' tidak hebaaatt.
 
Cikgu, kita juga tidak mustahil melakukannya sebenarnya.

Ridhuan, perancangan kita seringkali hangat-hangat tahi ayam. Kadangkala pula terbantut dek putus asa dan lemah semangat yang menggeger. Ikut musim...

Dkama, pandai kamu mengira. Asas ilmu pengiraan memang perlu mantap. Apatah lagi sekarang dunia berperang menggunakan ilmu!

Liyana, mereka bukan 'terer' tapi terrorist. Sebab mereka terror, maka mereka menjadi 'terer' mencipta apa sahaja bagi menutup rasa terror mereka terhadap kita yang dikatakan terrorist.

Hamizan, jangan risau. Kita ada juga R&D. Buktinya, betapa banyak rancangan tv realiti baru dihasilkan dalam masa setahun? Dan berapa banyak pula lagi professional dalam bidang ini (i.e artis) dilahirkan dalam masa beberapa bulan sahaja. Wuhu, hebat jugalah kita, kan? Kagum tak kagum? Di situlah kita berada sekarang.

Faris, yep u're right. Kerna cintakan dunia. Couldn't agree more. Kita pun cintakan dunia juga, tetapi mengapa tak sibuk cipta benda untuk selamatkan nyawa kita? Barangkali kita memang tidak takut mati. Alhamdulillah.

Kak Fakhzan, Semoga berjaya! Ilmu mereka kita ambil, belajar jangan tidak belajar. Mahu tawan musuh kita perlu sama hebat dengan mereka. Gambatte!

Terima kasih. Saya tak buat apa-apa pun. Maple 2.0 Theme. Cuma ubah header pakai photoscape, eheh! Ka ching! ^_~

Ustaz, siapa kata mereka hebat? Sekadar terkagum dengan kebolehan makhluk ciptaan Allah sahaja. Kita pun sama hebat malah seringkali muhasabah juga, cuma selalu tidak sampai ke garisan penamat. (Itu bezanya kita dengan 'mereka') Barangkali kehadiran mereka adalah ujian dan cabaran buat kita supaya menjadi lebih hebat. Tak gitu ustaz?
 
agaknya nak buat serbuk darah macam bancuh susu formula kot....

tu la membezakan antara yg menggunakan ilmu dgn mengabaikan ilmu... lihat la pada kesungguhan depa nak takluk dunia... bukan setakat kuasa politik tapi depa bijak guna kuasa sains dan teknologi... kerana mereka menafikan kekuasaan Allah... umat islam juga sebenarnya x kurang hebatnya... kita punya pelbagai ilmu berasal dari bijakpandai muslim zaman silam.... kenapalah kita kini kurang menghargai keupayaan berfikir yg Allah beri???

sikit lagi sem nak mula... nak guna balik proses berfikir tahap sarjana.... lama x boh minyak pelincir ni... dok cuti lebih 2 bulan.... mujurla aktiviti blogging dapat bantu proses berfikir....
 
bilo ni blk mesia?
 
Adalah makhluk-makhluk yang berkata begitu..bukan orang-orang sini :)

Ya, ujian. Ujian dan perjuangan seolah-seolah pelengkap kehidupan yang berputar?
 
Kak Azma, macam bancuh susu formula? Tihihi, suka perumpamaan ini. Mungkin sebab hidup kita tiada tekanan dan segalanya mudah. Maka keupayaan berfikir tidak begitu teruji. Kita berfikir juga tetapi jarang berzikir, jadi kurang muhasabah. Zikir membawa fikir. Semoga berjaya untuk sem baru kak, harap terus blogging lepas ni walaupun dah mula sem. =)

Ridhuan, InsyaAllah selasa ni. ^_^

Ustaz, hidup ibarat rodakan?
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!