Sungguh sudah menjadi bagai resam, bagai adat; setiap kali peperiksaan menjelang, diri bukan main khusyuk rapat mengakrabi Yang Maha Esa. Saat itu segala dosa minta diampuni, hati yang zulmat minta diterangi, jiwa yang kelam minta disuluhi. Cahaya ilmu itukan sepatutnya menerangi sepanjang-panjang perjalanan hidup manusia, bukanlah hanya ketika tiba musim periksa. Namun apakan daya, yang bernama manusia itu sifatnya lemah - terkadang lupa terkadang ingat. Iman jua - terkadang bertambah terkadang berkurang. Moga ada hikmah berselit rahmat mengiringi tika diri sujud rebah tanda kalah pada kudrat dan iradatNya. Ampunkan segala dosa-dosa kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tiba-tiba terkenang sajak dalam novel Julia karya Abu Hassan Morad yang saya salin dan simpan sehingga sekarang.
Yakinlah kepada Tuhan
Tidak semua yang kita rancang
menjadi kenyataan
kerana itulah fitrahnya
atau tiba-tiba sahaja halangan
mendatang
kita harus percaya
ini tidak bermakna berakhir
segala-galanya
dan akhirnya kita akan muncul di tangga
teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi, biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!
Novel Julia merupakan novel pertama yang mengenalkan saya kepada karya-karya berbentuk Islami. Kemudian Cinta Madinah karya beliau juga turut menarik hati saya. Kedua-duanya sudah diterbitkan menjadi drama; sebuah kejayaan besar buat penggiat seni Islam. Masih teringat saat saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR - Abu Hassan Morad menjadi tokoh pilihan untuk bahagian Tokoh Tempatan ketika itu. Lucu apabila mengenangkan yang saya tidak pernah berjumpa untuk mewawancara beliau secara langsung, semuanya melalui ibu yang banyak membantu sebagai orang tengah. Sewaktu di Tingkatan Dua juga kerja kursus Sejarah saya berkaitan seorang penulis; Robayah Mahmood namanya, penulis novel Nostalgia. Ini juga saya tidak berkesempatan bertemu. Ayah pula yang menjadi orang tengahnya. Terima kasih ayah dan ibu. Entah di manalah kerja-kerja kursus itu sekarang berada. Haih...
Untuk akhirnya, buat yang akan menghadapi peperiksaan, selamat berjuang, ya! Shiken ganbatte kudasai, saigou made akiramenaide ganbarimashou!
Mungkin akan semakin jarang berziarah ke blog kalian, doakan saya dan kawan-kawan mudah dan najah dalam imtihan ya!
Sekeping jadikan sebata,
sehelai jadikan selembar,
seruas jadikan sebidang,
segenggam jadikan sehasta!
Anak Pertama
1 week ago
22 buah bicara:
sehelai jadikan selembar,
seruas jadikan sebidang,
segenggam jadikan sehasta!
suka ngan kata2 tu... salam ziarah... Kedamaian milik semua... PEACE...
Saya perasan novel JULIA ni ada dramanya kan? atau saya yang silap perasan.
Ya, manusia kalau ada tekanan barulah dia maju dan terus bergerak cergas. Kalau tiada sebarang tekanan..dia mandom. Apapun, semoga segalanya kerana ALLAH SWT.
Kata-kata penguat semangat buat saya dan kamu yang membaca.
Selamat datang. Ya, kedamaian milik semua andai saling sama memahami, InsyaAllah. PEACE back to u!
salam, terima kasih~
Salam Dianah. ya, InsyaAllah...
Ya, tidak apa. saya pun tidak akan update lama selepas ini kerana imtihan. Semoga selamat semuanya ya, Dianah.
InsyaAllah...
Ya, ada. Tetapi sudah lamalah. Novelnya dibuat nojel pembelajaran untuk KOMSAS. Zaman ustaz belum mula lagi KOMSAS ini, jadi mungkin tidak tahu. Apa pun novelnya best!
Mandom?
InsyaAllah, lillahi ta'ala...
Salam alaik, kina... InsyaAllah...
Syukran sgt2 atas dua, kina...
InsyaAllah, rindu kina juga!
Jadi usatzam molek2 deh!
pasti akan cemerlang dalam pelajarannya..
tips ble terlupa dlm exam: lazimi istighfar kerana manatau time tu gak Allah maafkan dosa kita n trus kita bleh teringat.
ingat syair imam syafie yg agung tentang ilmu?
guru dia pesan, ilmu xkan singgah pada hati yg kotor(berdosa).
all d best =)
tetapi engkau mesti yakin mee sup ini sedap
there is no secret resepi in the noodles
but you must believe it taste good
(kungfu panda)
Its all in the mind !!
Alhamdulillah...
Terima kasih untuk segala peringatan. Pasti dan pasti akan dipraktikkan...
Singgah-singgah bawa ilmu sekaligus, bagus!
Yep, Suka ungkapan ini dalam Kung Fu Panda. It's all in the mind....
Tiada rahsia - berusaha sahaja and imagine that you can do it! InsyaAllah...
Thanx for dropping by.
p/s:I could not accessed your blogger profile. Just hopping to make a visit to your blog plak. Anyway, thank you!
ya, kak. terima kasih. semoga! ameen....
hye bidadari kecil... u're welcome...
InsyaAllah...sama2 doakan ameen.. =)
Ya, betul pak cik...
Lailahiallah Muhammadurrasulullah...
Semoga berjaya ya.
Ah..saya terlewat berkata-kata.
Salam, hana!!!
Lama tak dgr dari kamu!
Sihatkah?
Apa cerita terbaru?
Huhu...
ke mana sja menghilangnya kamu...
Ya, terima kasih, sudah habis dua kertas, tinggal lagi 3... masih sempat untuk doakan saya, hehehe...
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!