Wafeya

Life is a serious matter.

Saturday, June 13, 2009

Kaca Cermin Bingkai...

(Entri pecah tekanan)


Kalau kita sakit ke mana kita datang?

Doktor...

Kalau kita lapar apa yang kita cari?

Makanan...

Allah Kareem...

Hidup kita kalau punya masalah, punya hajat,

terus kita enggak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh,

berarti kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal doktor ketika kita sakit,

kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal bengkel

untuk motor, mobil kita yang rusak...

Dari ibnu A'bbas dia bercerita, aku pernah satu onta dengan beliau, dengan Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya kepada aku? Ya ghulam, aku akan mengajarkan kepada engkau beberapa kalimah. Apa kata Rasulullah? "Yahfazillaha yahfazka", jagalah Allah supaya Allah menjaga kita, "faiza saalta faz alillah", kalau kemudiannya kita mahu minta, mintalah pada Allah, "faizastaa'nta fastai'n billah", kalau kita mahu pertolongan, mohonlah pertolongan hanya dari Allah.

Dan rasanya, tiada satu pun manusia di muka bumi ini yang tidak ada masalah. Kalaupun dia tidak ada masalah pasti dia punya keinginan.

Episod pertama dari Filem Kun Fayakun: Ulang tonton demi mengutip secebis hikmah buat penguat semangat.

Kalau Allah sudah berkata 'kun fayakun'. Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kekuasaaan berada dan kepadaNyalah semua urusan dikembalikan. (Yassin: 82-83)

"Sungguh menakjubkan keadaan orang-orang yang beriman, di mana semua keadaan itu baik baginya. Nikmat disyukuri, ujian disabari."



KACA CERMIN BINGKAI...

KACANYA KACA...


Yang lelah dan capek,

21 buah bicara:

Assalamualaikum,

Bila saya baca entri ni jadi teringat entri saya bertajuk Aplikasi Sebuah Kun Fayakun

Siapa yang belum baca? sila ke sana ya. Saya selalu membuka pintu rumah tanpa perlu diketuk.

Bila menonton filemnya, mata juga seakan terbit butir-butir kaca jernih..ya kacanya kaca itu sangat menyentuh hati. Sesekali seperti diri pernah merasa hakikat hidup seperti itu.

Bak kata nenek kita dahulu, "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian...sila sambung"
 
Balqis...

Seronok bila ditanya "bila kita lapar, apa yang kita cari?" Makanan.. Dalam hidup ini banyak yang kita perlukan namun keperluan yang utama ialah Tuhan. Tapi keperluan yang utama itulah yang selalu kita tak peduli..buat seolah2 macam kita tak perlukan DIA.
 
salam kak balqis..

kaca cermin dan bingkai? huaa...

betul juga. suka dengan yang tentang kalau sakit jumpa doc, kalau lapar cari makanan

tapi kalau sedih mahupun gembira..ingat Allah..cuma selalu terlepas pandang ini semua. selalu lupa..bila sedih baru nak teringat..walhal kita kena selalu ingat Dia. jaga hubungan denganNya.

sampai jumpa ayat ini

dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. katakanlah "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka" [39:8]

manusia tak lepas dari masalah. walau apa pun masalah kak Balqis, semoga dipermudahkan segala. kesabaran akan cme out denga kemanisan insyaALLAH [heh ingatkan diri sendiri juga]

:) :) :)
 
Salam,

Wah ... pada episod sulungnya saja sudah benar-benar mengesankan. Subhanallah!

Mabruk untuk pengkarya Indonesia yang semakin deras menerbitkan karya-karya Islami. Pengkarya Malaysia masih terkapai-kapai, harus belajar banyak nih ..

IlhamHamdani,
Canberra, Australia
 
erm..btol jgak..tp mmg ade ruang untuk ushe kan?
 
bila susah, baru ingat Allah... masa senang, sering terlupa bersyukur pada Allah...

tunggu sambungan episod seterusnya...
 
bukankah masalah itu ujian dalam peperiksaan hidup, sama seperti duduknya kamu di dewan peperiksaan hehe..

semoga berjaya ya ^^
 
Assalamualaikum
subhanallah....bila manusia perlu hajat atau berdepan masalah meraka akan berusaha tanpa ingat pada Allah...bila hajat masih belum tercapai dan masalah masih belum terlerai barulah teringat pada Allah...seharusnya dalam apa jua urusan susah dan senang kita meletakkan tawakal alallah di hadapan / mula-mula sekali...moga kita dikurniakan akidah yang jelas..biar kacanya kaca memuhasabah diri kita...terima kasih atas perkongsian..boleh tonton bersama anak2 di rumah dan anak didik di sekolah.. :)
 
Balgis, tumpang tanya boleh dapat cd utk full filemnya di mana-mana kedai cd ke?...
 
=>Faridrashidi<=

Waalaikumussalam,

Uhuhu, ya saya ada baca.

Ehem, promote blog, nampak? =p

Kehidupan susah orang biar menjadi teladan; supaya sentiasa ingat nikmat Allah ketika kita senang dan bila susah, juga sedar bahawa ada yang lebih susah dari kita, agar kita tidak mengeluh apabila dibebani ujian.

"...bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian" ;)
 
=>Kak Tirana<=

Makanan... sungguh, saat lapar yang bersangatan, kita tidak ingat yang lain kecuali makanan buat mengalas mengisi perut kita sedangkan Sang Pemberi rezeki sehari-harian kita, barang sesuap nasi pun jarang terlintas di kotak ingatan.

Barangkali kalau nikmat makanan itu ditarik seperti adanya mereka-mereka di negara-negara yang kebuluran, baru kita tersedar agaknya bahawa wujudnya Tuhan saat kita makan!

Allahummaghfirlana!
 
=>Liyana<=

Salam Liyana,

Itu kata-kata sang penjual dalam filem ini, mula-mula cerita sahaja sudah buat orang rasa terharu... :(

Ya, kitalah itu. Tuhan hanya diingat saat-saat benar-benar keputusan jalan.

Benar, selalunya jarang waktu terlalu gembira kita ingat padaNya, hanya ketika sedih kita benar-benar mencari Yang Mencipta kita. Duhailah kita!

dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. katakanlah "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka" [39:8]

Duhai!

Uhuhu, tiada masalah apa sebenarnya, sekadar mencari kekuatan diri waktu tengah imtihan ini, supaya dapat teruskan membaca buku-buku. (Rasa nak termuntah telan semua dalam masa yang singkat, uhuhu - usaha, usaha!)

Ya, sabar itulah yang utama! Sabar! ;) :):)
 
=>ILHAM HAMDANI<=

Salam, selamat datang encik Ilham =)

Benar, tazkirah dahulu di awal cerita sebagai pembuka selera. 'Appatizer' yang baik, kan?

Sungguh! Walaupun masih boleh berbangga dengan Syukur 21 dan cerekarama-cerekarama yang ada sedikit-sedikit berbaur Islamik tetapi sebenarnya masih mengharapkan terhasilnya filem-filem mahupun cerita-cerita kecil hebat yang mampu menyuluh kebenaran di saat dunia penuh kebathilan kala ini. Barangkali, kita perlu wujudkan satu kelab penggiat karya-karya seni Islami dan bangunkan seniman-seniman Islam kita sendiri. Lantas, perbanyakan filem-filem Islami begini. Wah, saya berangan!

=)
 
=>FarisPharmacistMuslim<=

Maksud Faris?? ~_~

=>Kak Azma<=

Betul kak, kelaziman yang tiada kesudahan. Duhailah kita!

Kak, kalau mahu lihat sambungannya, terus klik saja pada video youtube itu, akan terus dibawa ke video-video sambungan episod seterusnya, InsyaAllah. Selamat menonton!

=>Iliana<=

Ahaha, ya terima kasih atas ucapan. Masalah besar saya sekarang adalah menghabiskan dan menghadam fakta-fakta ini semua dalam satu malam. Uhuhu... Itu juga memang sebuah ujian ;)
 
=>Kak salina<=

Waalaikumussalam

Allahuakbar... Sungguh kak. Tawakkal itu paling utama sebelum yakin meneruskan usaha. Kerja keras tanpa ada penyerahan padaNya ibarat mengharap dapat menjawab soalan dengan baik dalam peperiksaan tanpa memahami apa yang telah dibaca. Moga-moga kak! Kacanya kaca.....
Sama-sama kak. Ya, amat sesuai jadi tontonan sekeluarga juga buat anak-anak didik. Filem-filem baik beginilah yang patut ditonton mereka. Mudah-mudahan ada sedikit pengisian yang terkesan, InsyaAllah!

Wallahua'lam, kak. tidak pula saya tahu. Yang diletak di youtube juga dikongsi oleh orangnya Indonesia. Filem-filem begini jarang ada di pasaran kita kak, kalau mahu mungkin boleh dicari/ditempah secara online. Sekadar cadangan. ;) (Maaf, tidak banyak membantu...)
 
setiap ujian kl xsilap ader hadis menyuruh umat nyer berusehe...


tp da mmg jadi lumrah alam..kite terlupe...kesenangan e2 jugak adelah ujian...
 
=>FarisPharmacistMuslim<=

Owh, usaha. Ya benar tanpa usaha kita sebenarnya seperti mengharapkan berjaya dalam peperiksaan tanpa membaca buku. Lalu bagaimanakan?

Kesenangan juga adalah ujian. Betul...
 
thanx for this nice entri... dah habis exam? semoga Allah mempermudahkan...
 
=>A kl citizen<=

Cikgu, hehe... belum. Sedang interval antara exam, maka saya postkan entri ini. Ya, semoga InsyaAllah, mudah-mudahan...
 
Salam dik Balqis sayang...
3 hari tau kak su nak menghabiskan cerita ni... selagi tak abih, selagi tu tak nak komen.

Bila tengok kisah ni kan, kak su terfikir kenapa Malaysia tak boleh buat drama/filem yg sebegini? Tanpa ada sentuhan antara lelaki dan perempuan, tapi masih mampu menyentuh hati.

Pssttt... mata kak su kebanjiran disini. Kat opis... malu la...
 
=>Kak Su<=

Salam Kak Su sayang...

Wah... Kak Su! Tak sangka Kak Su tonton. Bestkan ceritanya? Lain dari yang lain. Memang nampak stereotaip tapi lebih terkesankan?

Kan? Hairan juga. Rasanya lebih mudah dari buat filem berpegang-pegang dan bersentuhan. Jalan cerita malah lebih dinamik. Tapi, kata orang-orang filem, 'Ah, apa kau tau tentang bikin cerita? Tahunya ngomel saja...' Pulak...

Uiks, Kak Su! Cover, cover... control macho, hihi...(hah, kantoi! Tebgok citer kat opis ek? hehe)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!