Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, June 29, 2009

Nota: Di manakah relevannya?

Bila mula mengemas, maka bermacam-macamlah entiti-entiti asing yang ditemui. Seakan-akan tidak pernah wujud, tetapi rupanya pernah menjadi hak milik kerajaan saya lama dulu. Hak milik yang dipinggirkan. Itulah nota-nota keramat sewaktu di awal-awal tahun pengajian dahulu. Bukan main lagi menimbun tingginya. Andai dijual, boleh jugalah buat beli keropok lekor dan air tebu beberapa bungkus.

Tetapi, mahu jual? Ah, sayang pula. Bukan iseng-iseng menyiapkan segala nota-nota ini semua. Kerja keras jugalah kalau tidak sampai bertimbun-timbun sekarang ini. Habis, mahu dibuang? Oh tidak, tidak. Ilmukan itu. Yang ditulis di atas kertas itu, ilmukan? Lalu bagaimana? Angkat semua dan bawa pulang ke Malaysia? Heh, yang sudah ada ini pun rasanya hampir-hampir mahu buat bagasi pecah di pertengahan jalan nanti. (Sebahagiannya telah pun diturunkan kepada junior-junior, tetapi masih ada sebahagian lagi yang setia mengumpul habuk dan debu)

Nota-nota itu amat berjasa kalian tahu? Temani saya kala diagah cikgu secara mengejut di dalam kelas. Dan tentunya amat-amat membantu kala peperiksaan menjelang tiba. Sekarang kalian tahu di mana ia berada? Aman dan sejahtera mendiami tempat gelap dan kusam di bawah katil saya. Ilmu-ilmu itu semua - di bawah katil saya. Sebab itu saya sayang mahu buang. Kiranya ibarat mencampakkan segala-gala keluar dari zona pengetahuan saya dan serasanya menjadi seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Hilang tempat merujuk dan menyemak (walaupun tidak pernah diselak-selak lagi selepas tamat peperiksaan pada tahun tersebut) Nampak sangatlah ilmu itu bukan di dalam dada apatah lagi tersemat kemas di kepala. Aisee...

Teringat kisah Imam Al-Ghazali dan sang perompak saat kafilahnya diserang di tengah perjalanan pulang ke kampung halaman. Apabila tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata, "Kamu boleh ambil apa sahaja yg kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini." Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu. "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini?" Soal ketua perompak. "Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota ini, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini." Jawab Imam Ghazali. "Jika begitu kamu adalah orang yang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri." Balas ketua perompak. Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yang tepat dari seorang ketua perompak. Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.

Lalu saya cuba membayangkan andai suatu hari bilik saya dimasuki pencuri dan pencuri itu menyangkakan beg-beg plastik yang penuh di bawah katil adalah harta saya paling berharga. Atau pencuri-pencuri itu memang hanya mahukan nota-nota sahaja (uiks, ada ka?) Betapa banyaknya ilmu saya yang hilang!!

Fuh! Hasilan bertahun-tahun itu lenyap begitu sahaja. Di manakah relevannya kewujudan nota-nota itu sebelum ini andai akhir hayatnya hanya akan dibakul sampahkan?

Barangkali ini bukan masalah besar bagi kalian.

Lalu, harus diapa-apakan nota-nota di bawah  katil itu?

Dengarlah kata-kata ketua perompak itu. Dengar dan fahamilah.





Pi kemaih baghanglah chek oi, hang tak mau balik, ka?

23 buah bicara:

sulat kabar lama!!
sulat kabar lama!!

haiya itu ada manyak maa..boleh kasi jual
wa kasi harga lebeh woo
 
=>Apek Surat Khabar<=

Apek!!!! Sini ada banyak kertas! Angkut marilah...
Tapi harga timbang kasi lebih-lebih sikit, ya!

Huhu, seronoknya ada apek lalu blog, beli surat khabar lama!

;)
 
takde2 apek

saya mau itu kertas dulu

nak buat bungkus nasi lemak

ade berani nak lawan apek? (gertak mak cik sambil menyinsing baju ke atas lengan)
 
=>Mak Cik Nasi Lemak Simpang<=

Alamak, mak cik.
Semua kertas apek dah angkutlah. Mak cik lambatlah. First come first serve.

Er, nasi lemak ada lagi, mak cik?
 
dah recycle?

baguslah... bijak betul sang ketua perompak ya...kalaulah dia berguru dengan imam al-Ghazali...
 
Aduh... sy paling 'malas' buat nota..
 
Assalamualaikum si pengumbul nota bawah katil...

Sejak dua menjak ini saya nampak blog kamu menerima komentator nama yang 'pelik'.

Nota saya juga begitu. Mujurlah ada perkhidmatan kargo menghantar barang. Boleh selit sekeping dua buat tatapan hari tua.
 
Assalamualaikum si pengumbul nota bawah katil...

Sejak dua menjak ini saya nampak blog kamu menerima komentator nama yang 'pelik'.

Nota saya juga begitu. Mujurlah ada perkhidmatan kargo menghantar barang. Boleh selit sekeping dua buat tatapan hari tua.
 
salam kak balqis!!!!!!

terasa macam lama tak singgah sini. internet terbakar. heh

samelah juga saya pun..bila tengok2 balik nota2 yang nak simpan dalam kotak... rasa mcam pernah belajar tapi macam lupa bla masa belajar.

pasal perompak itu,
ini lah yang dimaksudkan. kota boleh belajar dari orang yang kita rasa tak baik. tapi rupanya dia boleh memberi pengajaran berharga buat kita.
hargailah setiap orang yang hadir dalam hidup

ah, macam mana nak ingat balik semua yang dah belajar bertahun di tinggalkan. sungguh rugi tak di faham dan ingat sejak dulu
mungkin belajar sebab nak periksa. lpas periksa lupa semua. haih~

btw, saya dah kat malaysia...yipeeee~~~ohh ya apa khabar? lama tak dengar khabar
 
tiapa apa yang pelik didunia ini

andai Dia mahu..
ayam boleh berjanggut,kambing boleh berbelang,lembu boleh berbelalai.

tapi yang pastinya,Islam dan orang yang bawa Islam yang yang akan jadi pelik dan asing di akhir zaman sebagaimana hadis Nabi

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

tambahan

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, "beruntunglah mereka yang asing iaitu orang yang menghidupkan sunnahku tatkala orang lain mematikannya"

dan dakwah adalah sunnah nabi yang semakin terasing dan semakin jauh terpinggir.

p/s:sekadar coretan,tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati.

terima kasih faridrashidi mengingatkan tentang pelik dan asing itu.

wallahu 'alam
 
Cikgu, belum recycle lagi. Sayang. Ya, sesiapa sahaja boleh memberi nasihat yang bijak dan berhikmah andai Allah mengkehendaki hatta seorang ketua perompak pun. Barangkali dia tidak kenal bahawa itu adalah Imam Al-Ghazali. Barangkali juga Imam Al-Ghazali waktu itu masih pelajar dan belajar.

Amiruddin, jangan malas-malas. Ia salah satu dari proses belajar juga. =)

Waalaikumussalam ustaz, ya begitulah nampaknya. Alhamdulillah, boleh dibawa pulang dan dibuat kenangan, juga ingatan.

Salam Liyana, lama juga tidak mendengar khabar kamu sebelum kamu pulang ke Malaysia tempoh hari. Internet terbakar? Huhu. Barangkali sang perompak berkata-kata tanpa sedar bahawa kata-katanya meninggalkan kesan yang dalam pada diri Imam Al-Ghazali dan juga kita selepasnya. Bahawa, ilmu itu bukanlah letaknya di dalam nota tetapi haruslah diingat sepanjang masa buat pedoman di hari lupa. Oh, saya juga lupa semuanya selepas habis peperiksaan. Tihihi. Praktikal selepas ini, harus saya ingatkan kembali. Akak juga sudah berada di Malaysia, alhamdulillah. Khabarnya baik-baik sahaja. Harap kamu juga baik-baik, ya! =)

Pelik Bin Ajaib, hadith ini pernah dikongsi kepadaku oleh seorang guru di sekolah dahulu waktu aku dan kawan-kawan berasa amat lemah mahu meneruskan tarbiah diri dan juga kawan-kawan seasrama. Terima kasih kerana berkongsi dengan semua sekali lagi.

Wallahua'lam.
 
kalau rasa dah tak guna note2 lama tuh, bolehla bagi kat adik2 kan???sedekah kat library sambest ke..msti nota balqis very valuable...
 
salam....wah sudah tamat ya kembara ilmu di benua sejuk itu...moga pulang menjadi profesional sejati...mabruk
 
Salam saudari Balqis..sudah lama ya tidak singgah di sini..perkongsian yg menarik..manusia sering lupa apa yang dipelajari..mungkin tidak diamalkan ilmu tersebut..syukran ya..
 
Salam'alaikum wbt Balqis,

lama sudah tak menjejakkan kaki di sini. Nota. Saya dulu bukanlah orang yang belajar dengan menggunakan nota but since 2nd year..mula berjinak dengan menulis nota. Walaupun proses pembelajaran tapi memang memudahkan revision. Huu terkenang nota di UK..

Thanks for the reminder ya Balqis!
 
kina, idea yang baik. Tetapi tidak tahu sesuai atau tidak dengan silibus pelajaran mereka.

arsaili, belum tamat lagi kembara saya. Sekadar pulang bercuti.

Hanisah, syukran lillah

Waalaikumussalam A'qilah, saya pula semakin lama semakin malas menulis nota. Bila pulang ke UK?

You're welcome!
 
Salam'alaikum Balqis,
Kita balik ke UK 3 Sept ni insyaAllah.

Kamu pula? Saya tak berkesempatan membaca sangat cuti ini kerana sibuk dengan dissertation..sedih sangat..Kamu ada suggestion buku? I'm currently collecting Laskar Pelangi's tetralogi! :D

'Aqilah
http://himehikari.wordpress.com/ (personal blog..dah ditinggalkan blogger..jemput bertandang though it's empty now :P)
 
balqis, bila nak update??
 
Akira, saya sudah pun kembali ke Ukraine. InsyaAllah akan datang ebrtandang.

Awak suka wikipedia, er, saya tak tahu bila. Banyak sangat ujian mendatang. Depan, belakang, kiri dan kanan. Barangkali tak dapat teruskan menulis blog. Saya sangat sedih untuk banyak perkara. Blog ini juga buat saya sedih...
 
Salam'alaikum Balqis
Sudah selamat sampai ke Ukraine? Kalau Balqis bertandang ke UK, nak berjumpa jika ada kesempatan..boleh? :D

Btw siapa rakan Balqis yang dikenali sewaktu attachment yang turut mengenali saya tu?
 
'Aqilah, waalaikumussalam. Alhamdulillah, sudah selamat. Alamak, saya sudah pun terbang ke UK awal tahun ini, Januari. Tetapi hanya memijak London. =)

Oh, maaf. Saya hampir terlupa. Nanti saya beritahu. =)
 
Waaaa...mingingatkan ku kisah abe yus(abangku yg bookworm) n ktike rumah dimasuki pencuri taun lepas..
"ape yg ilang mi,"soal aq kat umi.
"xde ape2 pom.Abe yus call pagi td,ade ke die tanye buku-buku die kene curi ke tak.Mati idup smula pom orang curi tu takkan curi buku-buku die,"jawab umi.
huhuuh
 
Cerah Jeff, perompak sekarang takdenya nak curi buku. No value. Perompak dulu adalah kot. =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!